7 Minuman Yang Sihat Untuk Tubuh Badan Dan Mudah Dibuat Dengan Serbuk Minuman

Sebenarnya selain daripada air kosong sebagai pilihan utama dalam keperluan cecair harian kita, terdapat minuman lain yang boleh diamalkan.

#1 Air buah sitrus

Menambah potongan buah sitrus seperti lemon atau oren yang tinggi nutrien ke dalam minuman bermanfaat untuk jantung. Ini kerana, ia mengandungi antioksidan flavonoid yang baik untuk jantung.

Pengambilan jus sitrus sebagai minuman kesihatan untuk jantung setiap hari turut membantu menurunkan tahap tekanan darah – faktor risiko penting untuk penyakit jantung.

Kekal hidrat penting untuk fungsi jantung, dan jika dehidrasi, ia berisiko meningkatkan masalah kardiovaskular, termasuklah strok.

#2 Susu

Susu rendah lemak atau susu soya juga merupakan minuman alternatif yang baik dalam menjaga jantung.

Jika memilih susu soya, sebaiknya dapatkan yang diperkaya dengan kalsium.

#3 Jus delima, antara minuman kesihatan untuk jantung

Buah delima adalah buah yang baik untuk jantung.

Antioksidan istimewa di dalamnya membantu mencegah pengerasan dan penyempitan arteri yang membawa darah ke jantung.

Selain dapat menurunkan tekanan darah, buah ini turut dilengkapi dengan polifenol – mikronutrien yang membantu menurunkan keradangan dan merangsang peredaran darah.

#4 Teh

Merupakan minuman yang dapat mengurangkan risiko strok, beberapa barah dan penyakit jantung.

Ia mengandungi fitonutrien – bahan kimia tumbuhan – dikenali sebagai flavonoid yang terbukti baik untuk kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan penumpukan pada arteri.

Teh hijau dan hitam turut mengandungi jumlah kafein lebih sederhana daripada kopi dan boleh dijadikan pilihan yang baik bagi individu yang sensitif dengannya.

#5 Kopi

Dianggap minuman kesihatan untuk jantung kerana mereka yang minum antara 3 hingga 5 cawan sehari menunjukkan risiko penyakit jantung, strok dan kegagalan jantung lebih rendah.

Situasi itu disebabkan kandungan kafein dalam kopi, bersifat antioksidan dan antiradang.

Namun sebaiknya hadkan pengambilan kopi harian anda kerana meminumnya dengan terlalu banyak boleh menyebabkan kegelisahan.

Elakkan juga menambah krimer tinggi lemak tepu, gula dan kalori kosong, okay?

#6 Jus tomato

Jus tomato kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu melawan penyakit jantung.

Ia tinggi vitamin C dan E, zat besi, magnesium dan kalium – diperlukan tubuh untuk memastikan aliran darah dan menyingkirkan natrium tambahan.

Merupakan sumber likopen luar biasa – antioksidan yang membantu menguatkan arteri, mengurangkan kolesterol dan risiko penyakit jantung.

#7 Teh matcha

Merupakan sejenis teh hijau yang mengandungi kadar epigallocatechin gallate (EGCG) tinggi – sebatian polifenol dalam teh yang mempunyai sifat antioksidan dan antiradang kuat.

Dianggap sebagai minuman kesihatan untuk jantung terbaik kerana EGCG membantu mencegah aterosklerosis – penumpukan zat berlemak pada dinding arteri dan dapat mengurangkan kerosakan sel.

Kesan Makan Serbuk Minuman Kopi

Penyediaan minuman kopi sekarang sudah banyak berbeza. Seingat saya dahulu ibu akan membancuh air kopi daripada serbuk kopi yang kemudiannya ditapis serbuknya sebelum diminum. Sedikit serbuk kopi masih lolos dan diminum sekali bersama airnya. Tetapi selamat ke kalau termakan serbuk kopi?

Pada zaman dahulu biji kopi dimakan sebelum minuman kopi dicipta. Puak Afrika mencampurkan biji kopi dengan bahan berlemak dijadikan bebola makanan. Tujuannya untuk memberi tenaga. Seperti air kopi kesan kafeinnya sama tetapi kekuatannya berganda kerana tidak semua kandungan aktif dalam kopi larut air dan keluar menjadi air kopi. Kandungan aktif dalam biji kopi juga mudah diserap melalui lapisan mukosa dalam mulut.

Kajian daripada Journal of Agricultural and Food Chemistry menunjukkan serbuk tapisan air kopi yang biasanya dibuang sebenarnya mengandungi jumlah anti-oksida yang sangat tinggi. Ini tidak pelik kerana sebagaimana diketahui kopi mengandungi anti-oksida iaitu kompaun yang berupaya melawan radikal bebas berbahaya yang merosakkan sel-sel badan.

Namun tahap kandungan anti-oksida yang tinggal agak berbeza dengan cara bancuhan kopi. Contohnya anti-oksida paling tinggi pada sisa serbuk kopi mesin Espresso manakala mesin Mocha meninggalkan anti-oksida paling sedikit. Oleh itu, serbuk kopi yang ditapis sebenarnya boleh dimakan. Selain itu ia boleh dijadikan scrub badan dan muka untuk menjadikan kulit lebih cantik dan halus.

Amalan meminum kopi memang ada banyak kebaikan terutamanya bila dicampur dengan ramuan istimewa seperti herba dan sebagainya. Namun jika kopi diambil secara berlebihan ia juga boleh memudaratkan kesihatan terutamanya minuman kopi 3 in 1 yang banyak gula. Apapun kalau diambil secara sederhana pastinya selamat dan baik untuk kesihatan.

n perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.

  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Amir LCS

Kebaikan Dalam Serbuk Minuman Koko

Cara memilih minuman coklat instan

Lezat, melancarkan buang air besar, menurunkan kadar kolesterol, dan banyak efek baik lainnya dari mengonsumsi kakao! Berikut kami bagikan tips memilih minuman cokelat instan.

Ketahui jenis minuman coklat berdasarkan bahan baku kakaonya

Minuman cokelat instan memiliki kadar bahan baku kakao yang berbeda-beda. Hal ini dapat memengaruhi intensitas rasa cokelat dan aftertaste pada minuman. Alhasil, cokelat seduh yang Anda nikmati ada yang berasa lebih pahit, manis, milky, dan lainnya.

Dark chocolate: Mengandung 35–90% kakao dan rasa lebih pahit

Minuman cokelat instan dengan tulisan dark chocolate memiliki kandungan kakao murni mencapai 35–90%. Dengan begitu, rasa pahit pada minuman cokelat terasa dominan. Selain itu, kandungan gula pada dark chocolate lebih sedikit dibandingkan tipe cokelat lainnya. Untuk Anda yang sedang mengurangi gula, dark chocolate bisa jadi pilihan. 

Selain itu, dark chocolate juga memiliki kandungan flavonoid dan polifenol lebih banyak daripada milk chocolate. Kedua kandungan tersebut berfungsi sebagai antioksidan dan anti-inflamasi yang bermanfaat untuk kesehatan.

Milk chocolate: Terdapat campuran susu dan gula dengan kadar kakao sekitar 10–12%

Milk chocolate memiliki campuran susu kental atau susu bubuk, gula, lemak kakao dengan kakao murni sebesar 10–12%. Oleh sebab itu, rasa milk chocolate lebih creamy dan manis daripada dark chocolate. Intensitas rasa cokelatnya juga lebih ringan. 

Kandungan kakao murni yang lebih sedikit juga membuat milk chocolate memiliki kadar kafein cukup rendah. Cokelat tipe ini lebih banyak digunakan pada minuman cokelat instan. 

Pertimbangkan minuman coklat rendah kalori untuk diet

Apabila Anda minum cokelat untuk kesehatan, kandungan kalori pada kemasan perlu diperhatikan. Pasalnya, kalori pada cokelat berpotensi menambah berat badan dan mengakibatkan obesitas.

Cokelat instan dengan campuran susu memiliki kandungan kalori lebih tinggi daripada cokelat murni. Ada sekitar 80 kalori dalam setiap cangkir cokelat instan campuran. Jika Anda terlalu sering meminumnya, akan terjadi over calories.

Sementara itu, minuman cokelat murni atau disebut juga kakao murni tidak mengandung gula atau susu. Hal tersebut membuatnya memiliki kalori lebih rendah, sekitar 50 kalori per cangkir. Namun, kekurangannya adalah rasa yang lebih pahit. Anda dapat menikmati minuman cokelat instan dark chocolate saat menjalankan program diet dengan mengatur rasanya sesuai selera. 

Perhatikan kandungan gula pada label kemasan

Sebelum memilih minuman cokelat, cek kandungan gula yang tertera pada label kemasan atau review produk. Hal ini akan membantu Anda mengontrol gula yang masuk ke dalam tubuh. Dengan mengetahui kandungan gula pada minuman cokelat, Anda dapat membatasi konsumsi berlebihan. 

Asupan gula yang tinggi dapat memicu diabetes, kolesterol tinggi, penyakit jantung, dan kerusakan gigi. Tenang saja, Anda juga dapat menemukan minuman cokelat tanpa gula. Dengan memilih produk tersebut, Anda dapat mengatur sendiri rasa manis pada cokelat seduhan Anda. 

Pilih berdasarkan kemasan dan kemudahan pembuatannya

wingscorp.com

Bila Anda menginginkan minuman cokelat yang mudah larut, pilihlah cokelat instan yang sudah dicampur bahan lainnya. Biasanya, Anda akan menemukan produk tersebut dalam kemasan saset. Hal ini pun cukup mudah dan praktis dilakukan. Anda tidak perlu mengukur jumlah takaran untuk mendapatkan rasa yang pas. Selain itu, kemasan saset mudah dibawa ke mana-mana.

Meski begitu, produk yang dikemas dalam kemasan besar juga memiliki keunggulan, seperti harga yang ekonomis. Bila Anda ingin meminum banyak cokelat tanpa mengkhawatirkan biaya, produk dalam kemasan besar adalah pilihan tepat. Toh, Anda tetap bisa mencampurkannya dengan bahan lain agar rasanya sesuai dengan selera.

Jenis – Jenis Serbuk Minuman Kopi Dan Perbezaannya

Setiap kali rasa mengantuk, sudah semestinya anda akan meminum sekurang-kurangnya segelas kopi, lagi sedap kalau dapat menikmati kopi panas, anda terus merasakan aura baru dalam diri anda, bukan itu sahaja, rasa mengantuk juga terus hilang.

Namun begitu, seperti yang anda tahu, jika pergi ke mana-mana kedai kopi, anda sudah semestinya akan ditanya, kopi yang mana anda inginkan, sama ada, espresso atau latte?

Admin ingin kongsikan, perbezaan kopi yang menjadi kegemaran anda setiap masa itu, jom kita kita lihat, apakah perbezaan di antara Espresso, Mocha, Latte, Cappuccino, Americano dan Macchiato.

1. Espresso

Hidangan espresso mungkin akan menjadi minuman utama bagi peminat tegar kopi, kerana mempunyai rasa yang sangat kuat, dan boleh membuatkan seseorang itu terus bertenaga, atau berjaga malam. Espresso juga merupakan bahan asas kepada hidangan kopi yang lain. Espresso dibuat khas dengan menggunakan tekanan, bagi mendapatkan rasa yang sebenar. Ianya akan dihidangkan dengan jumlah yang sangat sedikit, jadi anda jangan hairan, jika espresso anda dihidangkan dengan cawan kecil sahaja. Espresso mempunyai rasa pahit yang sebenar, namun anda boleh mengawalnya dengan gula.

2. Americano

Jika anda salah seorang peminat cerita Korea, seperti Running Man atau drama Korea, sudah semestinya anda sering melihat mereka memesan Americano, dan dilihat seperti kopi O sahaja. Ianya, juga diperbuat daripada espresso, namun cara penyediaan sedikit berbeza, tidak sebegitu kuat rasanya, namun masih mempunyai keharuman kopi yang sama. Ianya ditambah air lebih sedikit, berbanding dengan Espresso, sebab itu dihidangkan dengan gelas yang lebih tinggi. Bagi yang gemarkan kopi, tetapi tidak mahu yang terlalu pahit atau kuat, Americano boleh menjadi pilihan yang tepat.

3. Mocha

Bagi penggemar coklat dan kopi, ini adalah minuman terbaik buat anda. Mocha disediakan dengan satu pertiga esperesso, dan dicampur pula dengan dua pertiga susu yang telah dikukus (steamed milk). Terdapat pelbagai cara dalam membuat mocha, dan ianya berbeza mengikut pada citarasa sesebuah tempat. Sama ada didatangkan dengan sirap coklat, atau boleh juga dicampurkan dengan coklat panas. Kedua-dua cara ini, mempunyai rasa yang unik, namun, lagi enak jika terdapat krim putar , dan dihiasi serbuk coklat, fuh, mengiurkan.

4. Latte

Bagi seseorang yang kurang menggemari rasa pekat kopi, latte merupakan pilihan yang baik, ini kerana, latte dibuat dengan satu atau dua shot espresso, dan dicampurkan dengan susu yang telah dikukus. Perkataan café latte, adalah terjemahan dari Bahasa Perancis, iaitu Café Au Lait, iaitu kopi bersama susu, dan di Itali pula, anda perlu menyebut Café Latte, kerana jika anda hanya menyebut Latte, anda akan diberikan susu sahaja.

5. Cappucino

Anda sering melihat jika Cappucino mempunyai rupa yang seakan sama dengan Latte, ini kerana ianya juga diperbuat melalui susu yang dicampur dengan espresso, Cuma mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Jika dilihat, cappuccino mempunyai lapisan buih halus di permukaan, di mana pembuat kapi atau barista akan meletakkan buih susu di atas cappuccino, yang diambil dari mesin tekanan kopi.

6. Macchiato

Macchiato juga merupakan kopi yang ditambah dengan susu, namun ianya mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatnya, jika anda membuat kopi biasa, selalunya anda akan menambah susu pada kopi, tetapi tidak Macchiato, ini kerana, untuk membuat macchiato, anda perlu memasukkan kopi kepada susu, Disebabkan itu jugalah, ia mendapat nama Machia, yang membawa maksud, kesan, atau stain, dari Bahasa Itali (kesan kopi yang terlihat pada susu).

Setelah mengetahui terdapat pelbagai jenis minuman yang berasaskan kopi, dan cara penyediaan yang berbeza, anda pasti sudah terliur untuk menikmati kopi yang menyegarkan. Selepas ini, anda juga sudah boleh untuk memesan kopi dengan lebih yakin,seakan seorang barista yang mengenali dunia kopi. Jom kita mengopi sama-sama

Pelbagai jenis serbuk minuman wujud di pasaran dengan perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.

  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Amir LCS