Kesan Makan Serbuk Minuman Kopi

Penyediaan minuman kopi sekarang sudah banyak berbeza. Seingat saya dahulu ibu akan membancuh air kopi daripada serbuk kopi yang kemudiannya ditapis serbuknya sebelum diminum. Sedikit serbuk kopi masih lolos dan diminum sekali bersama airnya. Tetapi selamat ke kalau termakan serbuk kopi?

Pada zaman dahulu biji kopi dimakan sebelum minuman kopi dicipta. Puak Afrika mencampurkan biji kopi dengan bahan berlemak dijadikan bebola makanan. Tujuannya untuk memberi tenaga. Seperti air kopi kesan kafeinnya sama tetapi kekuatannya berganda kerana tidak semua kandungan aktif dalam kopi larut air dan keluar menjadi air kopi. Kandungan aktif dalam biji kopi juga mudah diserap melalui lapisan mukosa dalam mulut.

Kajian daripada Journal of Agricultural and Food Chemistry menunjukkan serbuk tapisan air kopi yang biasanya dibuang sebenarnya mengandungi jumlah anti-oksida yang sangat tinggi. Ini tidak pelik kerana sebagaimana diketahui kopi mengandungi anti-oksida iaitu kompaun yang berupaya melawan radikal bebas berbahaya yang merosakkan sel-sel badan.

Namun tahap kandungan anti-oksida yang tinggal agak berbeza dengan cara bancuhan kopi. Contohnya anti-oksida paling tinggi pada sisa serbuk kopi mesin Espresso manakala mesin Mocha meninggalkan anti-oksida paling sedikit. Oleh itu, serbuk kopi yang ditapis sebenarnya boleh dimakan. Selain itu ia boleh dijadikan scrub badan dan muka untuk menjadikan kulit lebih cantik dan halus.

Amalan meminum kopi memang ada banyak kebaikan terutamanya bila dicampur dengan ramuan istimewa seperti herba dan sebagainya. Namun jika kopi diambil secara berlebihan ia juga boleh memudaratkan kesihatan terutamanya minuman kopi 3 in 1 yang banyak gula. Apapun kalau diambil secara sederhana pastinya selamat dan baik untuk kesihatan.

n perisa yang berbeza. Di Areefa Food Industries kami menawarkan 13 pilihan jenis serbuk minuman khas untuk pelanggan kami.

  1. Chocolate Malt (Original)
  2. Chocolate Malt (100% Stevia Tanpa Gula Tambahan)
  3. White Coffee
  4. Cappucino
  5. Mocha
  6. Hazelnut
  7. Latte
  8. Malt Horlick
  9. Teh Tarik
  10. Teh’O Lemon
  11. Kacip Fatimah W/Coffee
  12. Tongkat Ali W/Coffee
  13. Black Coffee (Kopi O)

Info lanjut produk kami di:-
https://bit.ly/premixpowder

Atau like FB page kami di https://facebook.com/areefafb

Penulis : Amir LCS

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *